Friday, August 20, 2010

PEMILIHAN HAVERSACK YANG SESUAI



Secara umum kegunaan beg atau haversack adalah amat penting dalam kegiatan rekreasi luar. Beg ini merupakan komponen wajib dan penting dalam mana - mana aktiviti luar khususnya pendakian. Beg pula terdiri dari beberapa jenis untuk kurang dari 2 hari aktiviti dipanggil Daypack, ada juga Travel bag, Hiking Bag untuk Mendaki dan Trekking. Kebanyakkan beg yang ada dipasaran adalah buatan Eropah dimana ianya lebih kepada lokasi pendakian beriklim sejuk dan berais walaubagaimanapun terdapat beg hiking yang bersesuaian untuk kegunaan kita -
Cara Pemilihan
  1. Pastikan beg tadi bersesuaian dengan ketinggian kita dan bentuk badan kita, ukuran berat badan kita boleh ditolakkan dgn 10 berat kita contoh berat badan kita 90 kg maka berat beg yang sesuai ialah pada kadar 90kg - 10 kg = 80 liter ( termasuk tambahan/ + 10 dsbgnya ).
  2. Beg pula wajib mempunyai kerangka besi didalam yang bertujuan menyokong bentuk dan kekuatan beg disamping memberi keseimbangan kepada badan dan tulang belakang pengguna. Kerangka pula kebiasaannya dibina sebanyak 2 bahagian kiri dan kanan secara menegak. Ada juga dari jenis yang dibina kerangka pada bahagian luar dari jenis Karrimor.
  3. Pastikan material beg terdiri dari kain yang kasar dan tebal, ada jenis yang dipanggil Polytex, Duratex, Cordura woven nylon, High nylon. Bahan kain beg ini bertujuan untuk melindungi beg dari pelbagai keadaan seperti tirisan, api , air. malah ada juga beg yang Waterproof serta boleh terapung di air.
  4. Untuk wanita pula pastikan beg yang anda pilih adalah dari jenis untuk wanita, selalunya beg jenis ini dibina lebih kecil dan panjang bagi memberi lebih keseimbangan kepada pemakai. Jika membeli beg untuk wanita salah satu jenisnya yang mempunyai jaring penuh di bahagian belakang atau jika dari jenis Deuter beg tersebut ditandakan SL pada bahagian hadapan
  5. Bahagian yang ada di beg anda tadi terdiri dari bahagian atas Cap, bahagian dalam, ada zip pada bahagian bawah menyambung pada ruang utama, poket kiri dan kanan..ada belt di ikat di pinggang.
  6. Lebih baik jika anda dapatkan beg yang boleh adjustable pada bahagian belakang dimana ianya boleh ditinggikan dan direndahkan
  7. Komponen tambahan - Ruang Air / H2O, Pelindung Hujan/Rain Cover.

Penjagaaan
  1. Hanya bilaskan dan lapkan dengan air bersih selepas digunakan, elakkan dari basuh menggunakan sabun serbuk, ini kerana beg dilindungi lapisan lilin kalis air untuk elakkan air dari menyerap kedalam beg. Jikalau terlalu kotor dan berbau gunakan pelembut/ konditioner fabrik, spt Softlan dll. Jemur pada udara luar dalam keadaan tergantung buka semua zip dan bahagian yang ada.
Harga Haversacks
  1. Bergantung kepada saiz, jenama dan kualiti beg, harga antara Rm 500.00 - 1000.00 bagi jenama gred baik seperti Deuter, Karrimor, Vaude, Berghaus, Osprey, North face, Lowe Alpine dll.
2. Ada juga dari jenama yang murah antara Rm 200.00 - 400.00 seperti One Polar, Blue Mountain, tetapi elok serta sesuai digunakan bagi pendakian yang biasa dan penggunaan yang tidak terlalu lasak selamat membeli.

Jadilah Pengguna Bijak 'Pengguna Bijak Faedahnya Banyak'

RAWATAN & PETUA IKHTIAR HIDUP - 1

Rawatan dan Petua Ikhtiar Hidup ( 1 )

Bayangkan satu masa anda berada dalam situasi kecemasan dan memerlukan rawatan asas. Sakit –sakit biasa memang selalunya akan berlaku x kira masa , senak perut, gatal gatal, pitam, batuk itu semua adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh mereka yang bergelar ahli rekreasi. Dalam tips and advise kali ini kita akan melihat bagaimana suasana persekitaran dapat membantu permasalahan ini -

Batuk/Lelah
Paling baik ialah sediakan ubat batuk dalam emergency/first aid kit, jika tiada minum air rebusan pokok belimbing, bahan yang direbus daun, buah dan bunga air rebusan daun sirih juga boleh digunakan, jika dirumah amalkan minum madu lebah dicampur air suam.

Demam Panas
Jika dihutan kita boleh menggunakan bayam hutan atau dipanggil Bayam peraksi, keseluruhan pokok dan akar direbus dan diminum. Khusus untuk demam malaria ialah air dari pokok kaduk, Demam panas dapat diatasi dengan meminum air tirisan dari pokok Ara Sengal. Jika dikampung – kampung kebiasaannya daun sirih bersama buah pinang muda dihancurkan bersama air dan di jaram di kepada. Satu kaedah lain adalah menggunakan perahan daun bunga raya dan butir beras di sapu di bahagian kepala. Demam Kepialu ulam pegaga ditumbut hingga lumat disapu pada dahi.

Pitam
Bagi anda yang menghadapi masalah ini tundukkan kepala kebawah supaya darah dapat turuncepat ke kepala. Jika berlarutan cuba makan daun terung pipit yang terdapat di kawasan yang terdedah kepada matahari.

Sakit Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala

Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebiji bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

Gatal – gatal
Rasa gatal dibadan dapat dikurangkan dengan lumuran serbuk garam, minyak kelapa juga berkesan jika dilumurkan. Rasa gatal dibadan biasanya disebabkan miang buluh, rengas dan jelatang juga serangga2. Petua terkena miang buluh ialah sapukan dirambut anda.

Sakit Perut / Cirit - Birit
Masalah ini boleh diatasi dengan meminum air rebusan daun Jambu Batu, boleh juga dimakan mentah Jika terjumpa pokok kemunting makan buahnya secara mentah Cara lain adalah dengan menggunakan arang dari kayu api, ambil arang sebesar hujung jari telunjuk tumbuk hingga menjadi serbuk kemudian dimakan mentah atau diminum dengan air, kaedah ini juga untuk membuang bahan beracun didalam badan contohnya terminum racun diminum arang serbuk ini dan muntahkan kembali. Tulang binatang atau tulang ikan boleh digunakan utk menyembuhkan cirit birit tumbuk tukang hingga menjadi serbuk telan sebanyak 1 sudu.

Sembelit
Minum air dengan banyak untuk memulihkan kembali masalah itu

Melecur
Jika kulit melecur terkena bara api atau terbakar, segera sapukan ubat gigi. Marjerin juga boleh digunakan, jika terkena air panas sapukan sabun mandi sehingga hilang sakitnya.

Luka
Luka – luka kecil boleh dirawat dengan menampalkan daun senduduk yang telah dikunyah. Daun Rumput Jepun dan Daun Bunga Tahi Ayam juga boleh digunakan dengan melumurkan daun itu kepada tempat yang luka. Pada luka yang besar layur diatas api dan tampalkan daun Bogor ke atas luka

Menahan Darah

Jika keluar darah akibat luka, lakukan salah cara seperti berikut :

- Tekan tempat yang berdarah dengan jari supaya darah disekat dari keluar hingga membeku jika luka besar rapatkan luka dan sepitkan sehingga darah membeku ( lebih kurang 15 minit )

- - Tabur serbuk kopi pada tempat berdarah

- - Tampalkan daun senduduk yang telah dikunyah

- Ambil getah dari batang pisang yang telah ditebang, lumurkan pada tempat berdarah

Setelah ikhtiar ini dilakukan maka balutlah dengan kain

Bengkak
Jika berlaku bengkak pada bahagian kaki atau tubuh yang lain cara merawatnya ialah dengan menggunakan daun pokok Bunga Tahi Ayam, daun dilumur pada bahagian yang bengkak

Sakit Gigi
Antara sakit yang amat menyeksakan kerana ia berkait dengan urat dikepala sekaligus membuatkan kepala anda berdenyut, cara mengatasi dengan berkumur pada air yang dicampur garam setelah 3 – 4 minit baru diluah, ulangi lagi sehingga terasa lega sedikit.

Sengatan Ikan berbisa
Masalah boleh diatas dengan meletakkan tempat yang disengat bedekatan api dan perah asam limau nipis di situ, menampalkan sabun di tempat yang disengat juga boleh membantu.

Sengatan Binatang Merayap
Sengatan Lipan dan kala jengking boleh diatasi dengan menampal akar pokok Saka Hitam yang dikunyah lumat, boleh juga sapukan tanah dimana tempat anda disengat selalunya berkesan pada sengatan tebuan tanah. Apabila terkena sengatan atau gigitan pastikan anda menenangkan diri dan tidak gelabah

ni kerana racun sengatan atau gigitan akan mengalir laju ke jantung sekiranya degupan jantung kencang ikatkan bahagian atas atau bawah yang menghala ke jantung bagi melambatkan racun.

' Setiap Penyakit Ada Penawarnya Kecuali Maut '

PAKAIAN DAN ALATAN ASAS


Pakaian Dan Alatan Asas Rekreasi Luar

Perkhemahan atau pengembaraan boleh menjadi satu kenangan indah atau igauan ngeri jika anda tidak menitikberatkan soal pemilihan alatan ketika menjalani aktiviti berkenaan, dalam menjalankan aktiviti rekreasi luar kesihatan, emosi yang stabil serta pemilihan peralatan amat penting dan memainkan peranan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Boleh dikatakan dari segi teknikal alatan menyumbang hampir 80% daripada kejayaan sesuatu program, ianya sebagai contoh kita mahir ‘mengukir kayu tetapi tiada pisau’ tidak ada guna kemahiran yang kita ada tanpa bantuan peralatan yang berkaitan. Tetapi ia bergantung juga kepada aktiviti yang dijalankan, jika mendaki gunung ‘Alpine’ kawasan berais, pastinya alatan yang digunakan memainkan peranan, tetapi dalam perkhemahan dan pengembaraan di hutan hujan tropika penggunaan peralatan teknikal adalah minima tetapi tidak bermakna ia perlu diabaikan. Dalam ruangan T & A kali ini kita akan berkongsi pengalaman mengenai pemilihan alatan asas perkhemahan yang perlu ada pada setiap individu…

Parang/Golok

Parang adalah peralatan yang amat penting, ini kerana dengannya kita boleh mencari makanan, membuat jerat, menebas/mencari jalan apabila hilang arah, ia juga amat berguna ketika anda melakukan tugas sebagai tukang masak,penggunaannya amat fleksibel serta 'multi purpose usage'. Pahlawan dahulukala menganggap senjata seperti parang, keris dan pedang sebagai nyawa mereka.


Parang Kampung - Jenis dan parang terbaik, berhulukan kayu, parang jenis ini amat tajam dan tidak mudah tumpul, tetapi kerapkali terjadi masalah di bahagian hulu yang kadang – kadang akan tertanggal dari bilah parang. Anda dinasihatkan mengemaskinikan semula hulu apabila membeli sebagai contoh anda boleh gamkan bahagian yang mempunyai lubang atau lurah, kemudian ada baiknya jika anda mengikat hulu kayu dengan getah, biasanya getah tayar, ini untuk menguatkan hulu sekaligus memberikan daya cengkaman yang baik apabila memegangnya. Panjang parang yang terbaik adalah pada kadar 10 – 12 inci dan lebar 2 – 2 ½ inci ( Jenis Sederhana ). Parang jenis ini juga boleh di 'customized' kan jika anda bertemu dengan pembuat parang yang selalunya di kampung – kampung.

Parang Biasa – Biasanya berhulukan plastik, jenis besi yang amat tebal serta berwarna gelap, Kelebihannya pula adalah ia amat keras sesuai digunakan pada kerja – kerja berat seperti memotong dahan pokok yang besar, Sesetengahnya mempunyai bilah gergaji di belakangnya, Parang jenis mudah tumpul, rapuh dan sukar dibentuk jika tidak dijaga matanya bahagian hulunya juga mudah tertanggal

Pakaian

Pakaian yang dibawa perlulah bersesuaian dengan program, keadaan dan masa program, anda tidak perlulah sampai membawa satu beg besar berisi pakaian pada program yang hanya 3 – 4 hari, dan anda tidak perlulah terlalu ‘survival’ sehinggakan hanya sehelai sepinggang pada program yang mengambil masa 2 – 3 hari. Walaupun jika anda rasa selesa pada keadaan itu, tetapi kesan buruknya adalah pada jangkamasa panjang. Dalam setiap ekspedisi biasanya pakaian kita hanya mengisi pada kadar 20 – 30% sahaja dalam ‘haversacks’ kita.. 20 – 30 % bagi lelaki 30 – 40 % bagi wanita. Ini kerana banyak peralatan lain yang anda perlu bawa bersama.
Pemilihan Baju dan Pakaian

Pastikan baju yang anda bawa masih lagi dalam keadaan baik ( kecuali trekking ), untuk baju trekking anda boleh gunakan 'fabric cotton' atau yang terbaik dari jenis ‘Dry Fit’ seperti jersi, selain dari cepat kering ia juga selesa dan dingin ketika dipakai. Tetapi jika suhu kawasan +15 ( biasanya dalam ketinggian 2000m keatas ) tentulah anda perlukan baju yang lebih tebal dan selesa dipakai.

Seluar

Untuk seluar pula adalah lebih baik jika seluar dari jenis Khakis ( berkain tebal ), atau dari jenis seluar tentera ini kerana dengan keadaan hutan beriklim Tropika, jenis pokok resam dan pokok berduri biasanya akan dilalui pada awal ekspedisi. Jenis pokok seperti Pakis, duri Rotan, buluh biasanya akan menyakitkan jika kawasan yang dilalui terlalu sarat dengan pokok – pokok tersebut.

Stokin/Sarung Kaki

Selain menghindarkan kaki daripada melecet dan juga bau, stoking juga berperanan mengekalkan suhu badan kerana ianya termasuk dalam kategori 4 titik kepanasan, ada beberapa jenis stoking iaitu bahan jenis 'wool acrylic', 'cotton' dan dari jenis sintetik, dari jenis wool akan mengekalkan suhu kepanasan meskipun dalam keadaan basah, bahan sintetik pula menyerap peluh. Selain dari wool terdapat stoking yang dipanggil ‘Thermal Socks’ yang juga baik serta mengekalkan suhu serta selesa.

Baju Sejuk/Jacket ( Wind Proof dan Waterproof )


Adalah lapisan terakhir yang membaluti tubuh, Fungsinya adalah memberi perlindungan tubuh badan dari angin yang lembab serta mengawal suhu badan, ia juga mesti berperanan melindungi bahagian pakaian dan badan dari keadaan yang tidak selesa. Jika badan kita basah dan terkena angin, maka ia akan menyebabkan proses kedinginan badan kita menjadi cepat dan terjadilah ‘hyporthermia’. Bahan lapisan luar ini juga disebut sebagai ‘shell garment’. Memiliki beberapa jenis iaitu ‘Wind Proff’ kalis angin, Jenis ini selalunya tidak ‘Waterproof’, satu lagi jenis bahan adalah ‘Waterproof Breathable Garments’/bahan kalis air yang bernafas, ini kerana kemampuan bahan ini dalam menahan air dan angin juga mampu mengekalkan kondisi tubuh walau hujan lebat sekalipun, antara bahan yang terkenal pada masa ini adalah ‘Gore-Tex’.

Sweater Wool

Jenis jaket yang tebal /'Sweater Wool' memang memberikan kehangatan pada tubuh kita, tetapi ia tidak mampu bertindak balas dan memberikan fleksibiliti dalam mengatur suhu. Selain itu elakkan memakai jaket jenis jeans ianya susah kering dan mudah lembab.

Sleeping Bag

Sleeping bag merupakan elemen pemakaian yang paling penting dalam aktiviti luar khususnya mendaki gunung, ini kerana seperti sedia maklum kesejukan akan membawa kepada 'hypothermia', dan ianya boleh membawa maut!. Sleeping Bag mempunyai ukuran dan pelbagai klasifikasi yang berbeza Selain dari bahan down atau bulu angsa ia juga diperbuat dari bahan sintetik seperti 'Polarguard 3D', 'Primaloft', dan yang paling murah dari jenis 'Holofil' yang lebih berat dari yang lain. Antara kriteria penting dalam pemilihan Sleeping Bag antaranya :

- Jangan terlalu ketat dan longgar

- - Penutup kepala adjustable

- - Bentuk bahagian bawah kaki yang tidak terlalu sempit

- - Ada bahagian lapisan untuk pengudaraan di belakang

- - Saiz yang terlalu besar kurang sesuai untuk kegiatan luar

- - Pastikan membeli sesuai pada suhunya untuk gunung – gunung di asia tenggara kurang 3000 M sesuai anda menggunakan suhu sleeping Bag antara 10 – 15 darjah celcius

Sleeping bag juga mempunyai beberapa jenis design antaranya jenis 'semirectangular', 'mummy' dan jenis selimut

Berikut adalah bilangan pakaian yang bersesuaian mengikut bilangan hari :-

Jenis/Hari

2 - 3

4 - 5


6 hari keatas

Jumlah

Baju trekking

1

1

2

Seluar Trekking

1

1


2

Baju tidur/solat

1

1

2

Seluar tracksuit

1

1


2

Stokin Trekking

1

1

2

Stokin

1

1

1

Pakaian dalam (L)

2

3


3

Pakaian dalam (P)

2 Set

3 Set

3 Set

Tight

1 Set

1 Set

2 Set

Sarung Tangan

1 Set

1 Set

2 Set

Kain Sarong

1

1

1

Baju Hujan

1

1

1

Baju Sejuk

1

1

1

Sleeping Bag

1

1

1

*Tight adalah seluar yang dipakai sebagai pengganti pakaian dalam ketika trekking baik lelaki mahupun perempuan ( tetapi pada sesetengah alah pada tight yang menyebabkan melecet ).

Peralatan Teknikal Asas


Torchlight

Adalah peralatan terpenting dalam kegiatan luar, kegunaannya tidak kira masa, walaupun diwaktu siang akan tetapi dalam kegiatan rekreasi luar sebarang kemungkinan boleh berlaku. Selain dari kegunaan pada waktu malam ia berguna untuk operasi menyelamat dan untuk anda diselamatkan, jenis yang biasa digunakan adalah jenis head lamp kerana tangan anda bebas untuk bergerak, ada juga dari jenis pegang, penca

hayaan terbaik adalah dari mentol jenis LED, selain dari cahaya putih yang terang ia juga menjimatkan bateri, tempoh ketahanannya antara 50 - 100 ribu jam, sebagai petua anda boleh balut bateri spare anda dengan surat khabar dan menyimpannya.

Alatan Memasak dan Teknikal Individu

Bahan Masak seperti Messtin wajib dibawa oleh setiap individu, sebaik – baiknya ada barang teknikal yang lain seperti Lantern ( Lampu ), dan S

tove ( Dapur masak mini ) setiap satu untuk kegunaaan anda. Pastikan anda juga membawa botol mineral 1.5L sekurang - kurangnya 2 botol seorang.



Ubat – Ubatan

Bagi anda yang kurang sihat atau masih dalam proses perubatan seperti deman belum sembuh dan lain – lain, anda perlu membawa ubat – ubatan anda bersama. Ubat – ubatan asas yang perlu ada untuk setiap individu pula adalah panadol, pain killer/ ponstant, minyak gamat, balm, ORS ( Oral Rehydration Salt ), pelali air dan ubat anti malaria. Pastikan anda mendapatkan nasihat Doktor sebelum pengambilan ubat - ubatan.

Survival Kit

Survival Kit adalah sesuatu yang amat penting untuk dibawa bersama, didalam kecemasan dan situasi merbahaya, seperti hilang arah/sesat dan sebagainya, dalam survival kit biasanya mempunyai beberapa bahagian antaranya :-

- Barangan First Aid

- Pelali air jenis cecair atau tablet

- Komponen menghidupkan api

- Bahan Isyarat

- Alatan mencari makanan

- Bahan untuk membuat teduhan

Antara contoh barangan tersebut adalah :-

- Pemetik api, mancis besi dan mancis kalis air

- Wire/ dawai gergaji pemotong

- Cermin

- Kompas

- Mata kail pelbagai saiz dan Tali pancing

- Lilin

- Kanta

- Safety Pin/ Pin Lampin

- Tablet Oxytetracycline untuk (diarrhea atau Jangkitan kuman).

- Kondom (untuk mengisi air )

- Benang dan Jarum

- Pisau

- Light Sticks

- Aluminium Foil

- Buku nota kecil dan pensil

Nota T&A

Apa yang penting pastikan anda membuat penyediaan peralatan selewat – lewatnya 3 hari sebelum program dan pastikan membuat nota untuk peralatan tersebut list downkan semuanya, persiapan yang rapi membuatkan anda lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Ingat 'Prevention is better than cure'. Alright...Selamat Berrekreasi...!!!

TIPS KETIKA BERKHEMAH


Seringkali kita mendengar perbualan seperti ini,'errrmm....kat mana ye nak pasang khemah
ni? 'alahhh...cari je tempat rata janji bawah jangan ada tunggul'...' Buat je tepi sungai senang
nak ambil air'.....'kat bawah pokok lah redup sikit'..'Sini tempat cantik sejuk angin lalu boleh
pasang khemah'...dan bermacam lagi perbualan yang senarionya kerap berlaku ketika berkhemah.
Dalam ruangan T & A kali ini kita akan berkongsi ilmu mengenai tips ketika berkhemah....
ianya suatu perkara yang nampak mudah tapi impaknya amat besar pada anda...

Pemilihan Tapak Perkhemahan

a) Tanah yang rata

b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit

c) Berdekatan dengan punca air

d) Mendapat sinaran matahari

e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai


Mendirikan Khemah
a) Dipasang di atas tapak yang sesuai yang telah dipilih

b)
Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c)
Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi

mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada

gangguan angin


d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak

e) Jarak antara satu khemah ke khemah yang lain sebaiknya antara 5 - 8 meter

Larangan Semasa Berkhemah

a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air

b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )

c) Semak samun atau kawasan belukar

d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak

e) Diatas tebing tinggi dan curam

f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati

g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )

h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram

i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern

/stove

Etika memasak dikawasan perkhemahan

Secara umumnya tidak lengkap berkhemah jika tidak menyalakan api, tetapi ada beberapa perkara
perlu diperhatikan sebelum menyalakan atau membuat unggun api bagi apa – apa tujuan sekali pun

Syarat yang perlu dipatuhi ketika memasak di kawasan perkhemahan :

a) Jarak dapur 8 – 10 kaki dari khemah

b) Kecilkan api sekadar untuk memasak, untuk kebersihan & keselamatan tapak perkhemahan

c) Jangan bina dapur di bawah pokok ( celah banir pokok )

d) Dapur yang tidak digunakan, padamkan api dan baranya dikambus.

e) Batu yang digunakan sebagai tungku hendaklah dialihkan kembali ke tempat asal

F)Jangan buang sampah seperti plastik, tin ke dalam sungai

g) Sisa - sisa makanan hendaklah ditanam.


Pengalaman


Ada satu kejadian yang penulis tidak dapat lupakan...iaitu semasa tragedi 20 khemah terbang ke laut.

Sewaktu ini penulis dan rakan sedang menyelia kem latihan untuk 80 orang peserta. Apabila peserta

tiba pada pukul 8 malam, angin laju/kepala angin datang dan membawa 20 khemah tadi kedalam laut,

setelah diselidiki maka puncanya ialah tidak memasang pancang khemah dan membiarkan pintu

khemah terbuka. Jadi diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam menjalankan aktiviti anda

'Selamat Berkhemah & Happy Camping'



KESELAMATAN SEMASA PETIR

KESELAMATAN AKTIVITI SEMASA PETIR

Kadang kala kita akan mendengar tentang bahaya dan bahana yang menimpa penggiat aktiviti luar dari akibat sambaran petir terutamanya kepada pendaki gunung dan juga sukan bolasepak, tambahan pada musim hujung tahun ini hujan lebat sering berlaku di bahagian pantai timur dan utara tanah air, perkara ini kerap kali mengganggu dan menjejaskan tumpuan ketika aktiviti dijalankan. Walaubagaimana pun dalam Tips and Advice kita kali ini kita akan berkongsi tentang keselamatan aktiviti sewaktu petir, yang penting apabila petir berlaku segera hentikan aktiviti dan mulai berlindung.

MENGIRA JARAK KILAT

Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik
“Flash to Bang” ( Kilat ke Guruh).

Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).
Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

LANGKAH KESELAMATAN

1. Jauhkan dari tempat tinggi dan juga kawasan permatang, lebih tinggi anda berada lebih tinggi risiko yang anda bakal alami.

2. Jauhkan diri dari kawasan gua yang berair dikhuatiri kuasa elektrik yang mengalir akan bertumpu di kawasan ini.

3. Jauhkan diri anda dari sesuatu objek dikawasan lapang misalnya pokok atau bahan yang boleh menarik elektrik misalnya bahan berasaskan besi, tembaga dll, jika anda tidak boleh mengelak dari kawasan ini lakukan ‘Cone of Protection’ Seperti gambarajah dibawah. Jauhkan diri anda dari kawasan lapang ketika petir berlaku.

4. Elakkan dari bahan – bahan berasaskan besi dan jauhkan diri dari kawasan berair, bahan tersebut termasuklah messtin, batang khemah, dan juga barangan perhiasan anda.

5. Jika anda berada didalam kumpulan pastikan anda menjarakkan diri antara satu sama lain sekurang – kurangnya 15 kaki antara satu dengan lain. Ini membolehkan sebarang kejadian yang berlaku anda dapat diselamatkan, jika duduk didalam satu kumpulan pasti semuanya akan terlibat jika disambar petir.

6. Jauhkan dari tempat terbuka, tempat terbaik ketika petir ialah di kawasan yang banyak pokok.

7. Duduk diatas alas ‘ Sleeping matt’ atau pun diatas beg dalam kaedah mencangkung dan tutup telinga anda pastikan seminima mungkin contact/sambungan tubuh badan anda dengan tanah.

8. Selepas hujan mulai reda atau tanda – tanda guruh telah tiada perhatikan dan lakukan pengamatan dalam masa 30 minit selepas tanda – tanda tersebut, sekiranya tiada lagi guruh maka aktiviti boleh disambung kembali.

9. Jangan lupa mohon pada tuhan agar diselamatkan dan diberi perlindungan kepada kita.

Doa Ketika Ribut Petir

Selamat Mengembara 'Safety First'.

TIPS MERENCANA EXPEDISI PENDAKIAN


Dalam konsep merencana pendakian ada beberapa tips yang boleh diambil kira sebelum menjalankan pendakian.
  • Jarak - Kebiasaannnya pendaki boleh berjalan antara 8 - 20 Km sehari dengan muatan penuh di haversacks bergantung kepada kondisi fizikal dan bentuk mukabumi.
  • Kondisi Trek - Keadaan bentuk mukabumi juga mempengaruhi masa dan kemampuan fizikal seseorang pendaki itu, pastikan tambahan atau lebihan masa diberikan untuk waktu pendakian.
  • Hari Pertama - Hari pertama di dalam kegiatan luar adalah hari penyesuaian diri bagi badan membiasakan diri dengan haversacks, kasut trekking dan pergerakan tubuh badan, pastikan anda berjalan santai dan tidak memaksa diri pada hari pertama, dikhuatiri akan terseliuh dan berlaku kekejangan otot ( krem ). Sebaik2nya lakukan persiapan fizikal 1 atau 2 minggu sebelum memulakan pendakian.
  • Hari Berehat - Pada gunung yang mempunyai trek laluan yang panjang seperti Gunung Tahan atau Trans Titiwangsa, ada baiknya anda menambahkan satu hari untuk berehat pada masa hari pertengahan keseluruhan pendakian, atau pendekkan masa perjalanan kepada setengah hari pada hari tersebut.
  • Kemampuan Diri - Elakkan dari membuat perancangan pendakian melebihi kemampuan fizikal, pengetahuan teknikal, sebagai contoh anda tidak biasa/ mahir melakukan aktiviti pendakian berbentuk 'Technical Climbing' mengunakan peralatan khas, maka jika anda melakukannya maka anda hanya mengundang risiko dan kecelakaan.
  • Alternatif lain/Plan B dan C - Pada masa merencanakan pendakian ada baiknya anda menambah laluan cadangan jika terjadi halangan pada laluan yang anda rancangkan, mungkin pada masa itu laluan tersebut tidak boleh digunakan kerana faktor - faktor tertentu.
  • Hindari Musim Pendakian - Hindari musim pendakian yang ramai pengunjung pada sesuatu tempat, misalnya pada hari sambutan kemerdekaan di puncak Gunung Buah, puluhan khemah akan didirikan walhal kapasiti puncak hanya untuk maksimum 8 khemah, atau selesa untuk 20 - 30 orang, maka pendakian pada masa tersebut bukan hanya merosakkan dan mencemarkan trek malah akan membuatkan anda tidak dapat menikmati keindahan dan ketenangan pada masa tersebut.

Nota : Diharap dengan tips ini dapat membantu anda merancangkan aktiviti pendakian anda..Happy Trekking Adventure Holiday !!

PACKING HAVERSACKS KAEDAH & TIP

PACKING HAVERSACKS KAEDAH & TIP...

Packing Barang, Bunyinya mudah bukan, namun percayakah anda pendaki yang senior lebih 10 tahun pengalaman dan dah berpuluh gunung pun masih lagi gagal dan kurang tepat teknik packingnya. Ini kerana ‘Packing Adalah Satu Seni’ ‘Packing Is An Art’. Jika anda berkesempatan bertemu dengan pendaki atau penggiat rekreasi lihat bagaimana mereka Packing beg. Setiap orang mempunyai kaedah berlainan dalam hal ini. Ada yang main sumbat sahaja barang mereka, ada yang membalut setiap barang dengan plastik, ada yang meletakkan barang dalam plastik besar, tak kurang juga yang x tahu bagaimana nak mulakan packing mereka terutama saat buntu di waktu pagi..keluar..masuk..keluar..masuk..dan yag paling popular teknik mencantikkan haversacks menggunakan Sleeping Mat digulung bentuk bulatan dan barang diletakkan di dalam sleeping mat tadi…tadaaa!! Hasilnya sebuah beg yang kelihatan mantap terbentuk..tetapi kaedah tersebut adalah kaedah yang salah serta merugikan ruang didalam beg, ini kerana jika anda perlukan sleeping mat maka anda perlu membongkarkan semula beg anda. Mari kita lihat perkara – perkara yang perlu diperhatikan saat mem – packing beg anda :

Faktor Berat

Tempatkan barangan atau peralatan yang berat dibahagian atas..barangan paling ringan dibahagian bawah, sebabnya adalah supaya beban yang berat tadi terarah di bahagian bahu..bukan pada punggung atau pinggang, keseimbangan juga perlu diperhatikan, pastikan berat seimbang dikiri dan kanan beg anda.

Faktor Penggunaan Barang

Barangan dan peralatan logistik yang mudah dipakai diletakkan di bahagian yang paling mudah diambil, Kelompokkan barang atau alatan tadi mengikut timing/masa penggunaan, misalnya sleeping bag, pakaian tidur diletakkan dibahagian yang paling bawah sekali, Ini kerana penggunaannya pada malam hari, pakaian ganti pula diletakkan diatasnya,kemudian peralatan memasak dan barang makanan, khemah, ground dan flysheet pastikan diletakkan dibahagian paling atas kerana ia barang permulaan untuk mendirikan Base Camp, paling baik jika setiap barang ini diletakkan dalam satu bungkusan mengikut kumpulan.
Faktor Efisyen

Gunakan setiap ruang yang ada dalam beg mahupun ruang kosong, messtin, gelas atau bekas yang kosong baik diisikan dengan item2 yang kecil supaya dapat menjimatkan tempat, juga buanglah setiap kotak makanan yang tidak perlu dan tanda dengan marker untuk memudahkan kita mengenal kembali barang tersebut, jangan nanti gula menjadi garam dan minyak menjadi air teh..perkara ini kerapkali berlaku. Pastikan juga anda 'Transfer' segala bahan berbentuk cecair seperti kicap, sos dll dari botol kaca ke botol plastik ini untuk mengurangkan risiko kerosakan bahan tersebut. Dengan kaedah ini kita bukan sahaja dapat mengurangkan berat malah dapat juga mengurangkan sampah.

Faktor Pembahagian Berat mengikut kecerunan

Faktor pembahagian berat yang betul merupakan hal yang perlu menjadi perhatian kita, pada laluan yang landai,barangan yang berat ditempatkan dibahagian atas dekat dengan kepala, barangan yang beratnya sederhana diletakkan di dua bahagian iaitu dibahagian tengah ( dekat punggung ) dan di bahagian atas luar menutup bahagian berat. Item yg ringan diletakkan dibahagian tengah luar.

Pada Laluan yang curam barang yang sederhana berat diletakkan diletakkan di bahagian atas, barangan yang berat diletakkan dibahagian punggung dan pinggang, bahagian yang paling ringan diletakkan pada bahagian luar menutupi barang yang paling berat. Pada ke dua jenis aturan ini Sleeping bag diletakkan dibahagian bawah sekali.

Packing Makanan

Packing makanan perlu dilakukan mengikut jadual penggunaannya, kumpulkan makanan mengikut masa kegunaannya, sarapan pagi, tengahari, malam pada bekas yang berbeza, ini sangat membantu saat berhenti di pertengahan perjalanan dan tak perlu membongkar kesemua beg untuk menemukan makan siang kita. Hal yang amat penting juga pastikan membungkus kesemua peralatan dengan plastik walaupun cuaca perjalanan di musim panas, udara lembab gunung akan membuatkan pakaian dan sleeping bag kita basah.

Nota T & A :

  • Pastikan anda mengenali ration atau barangan anda sebelum di packing.
  • Pastikan benda tajam dibalut dan diletakkan diposisi selamat.
  • Cuba elakkan untuk menggantung barangan, terutama messtin dan selipar diluar beg.
  • Masukkan barangan mengikut kumpulan dan letakkan didalam plastik.
  • Pakai rain cover, kalau tiada usahakan degan menggunakan plastik sampah/terutama dikawasan berselut dan dihari hujan.
  • Jangan sesekali letak beg anda dan biarkan terbuka dikawasan semak ( selalunya di campsite ) anda pasti tidak mahu membawa binatang peliharaan liar kerumah atau semasa trekking, pastikan anda juga membersihkan bahagian dalam beg dari habuk sblm trekking.
  • Ambillah masa sekurang – kurangnya 30 minit untuk packing beg anda, tiada salahnya packing beg sehingga 1 jam sekali pun asalkan anda selesa dan berpuas hati, kerana anda akan menempuh perjalanan yang jauh, memakan masa dari pagi hingga ke petang yg selalunya pada ekspedisi pendakian.

*Penulis menggunakan perkataan beg dirujuk sebagai Haversacks/Rucksacks