Friday, August 20, 2010

PEMILIHAN HAVERSACK YANG SESUAI



Secara umum kegunaan beg atau haversack adalah amat penting dalam kegiatan rekreasi luar. Beg ini merupakan komponen wajib dan penting dalam mana - mana aktiviti luar khususnya pendakian. Beg pula terdiri dari beberapa jenis untuk kurang dari 2 hari aktiviti dipanggil Daypack, ada juga Travel bag, Hiking Bag untuk Mendaki dan Trekking. Kebanyakkan beg yang ada dipasaran adalah buatan Eropah dimana ianya lebih kepada lokasi pendakian beriklim sejuk dan berais walaubagaimanapun terdapat beg hiking yang bersesuaian untuk kegunaan kita -
Cara Pemilihan
  1. Pastikan beg tadi bersesuaian dengan ketinggian kita dan bentuk badan kita, ukuran berat badan kita boleh ditolakkan dgn 10 berat kita contoh berat badan kita 90 kg maka berat beg yang sesuai ialah pada kadar 90kg - 10 kg = 80 liter ( termasuk tambahan/ + 10 dsbgnya ).
  2. Beg pula wajib mempunyai kerangka besi didalam yang bertujuan menyokong bentuk dan kekuatan beg disamping memberi keseimbangan kepada badan dan tulang belakang pengguna. Kerangka pula kebiasaannya dibina sebanyak 2 bahagian kiri dan kanan secara menegak. Ada juga dari jenis yang dibina kerangka pada bahagian luar dari jenis Karrimor.
  3. Pastikan material beg terdiri dari kain yang kasar dan tebal, ada jenis yang dipanggil Polytex, Duratex, Cordura woven nylon, High nylon. Bahan kain beg ini bertujuan untuk melindungi beg dari pelbagai keadaan seperti tirisan, api , air. malah ada juga beg yang Waterproof serta boleh terapung di air.
  4. Untuk wanita pula pastikan beg yang anda pilih adalah dari jenis untuk wanita, selalunya beg jenis ini dibina lebih kecil dan panjang bagi memberi lebih keseimbangan kepada pemakai. Jika membeli beg untuk wanita salah satu jenisnya yang mempunyai jaring penuh di bahagian belakang atau jika dari jenis Deuter beg tersebut ditandakan SL pada bahagian hadapan
  5. Bahagian yang ada di beg anda tadi terdiri dari bahagian atas Cap, bahagian dalam, ada zip pada bahagian bawah menyambung pada ruang utama, poket kiri dan kanan..ada belt di ikat di pinggang.
  6. Lebih baik jika anda dapatkan beg yang boleh adjustable pada bahagian belakang dimana ianya boleh ditinggikan dan direndahkan
  7. Komponen tambahan - Ruang Air / H2O, Pelindung Hujan/Rain Cover.

Penjagaaan
  1. Hanya bilaskan dan lapkan dengan air bersih selepas digunakan, elakkan dari basuh menggunakan sabun serbuk, ini kerana beg dilindungi lapisan lilin kalis air untuk elakkan air dari menyerap kedalam beg. Jikalau terlalu kotor dan berbau gunakan pelembut/ konditioner fabrik, spt Softlan dll. Jemur pada udara luar dalam keadaan tergantung buka semua zip dan bahagian yang ada.
Harga Haversacks
  1. Bergantung kepada saiz, jenama dan kualiti beg, harga antara Rm 500.00 - 1000.00 bagi jenama gred baik seperti Deuter, Karrimor, Vaude, Berghaus, Osprey, North face, Lowe Alpine dll.
2. Ada juga dari jenama yang murah antara Rm 200.00 - 400.00 seperti One Polar, Blue Mountain, tetapi elok serta sesuai digunakan bagi pendakian yang biasa dan penggunaan yang tidak terlalu lasak selamat membeli.

Jadilah Pengguna Bijak 'Pengguna Bijak Faedahnya Banyak'