Friday, August 20, 2010

TIPS MERENCANA EXPEDISI PENDAKIAN


Dalam konsep merencana pendakian ada beberapa tips yang boleh diambil kira sebelum menjalankan pendakian.
  • Jarak - Kebiasaannnya pendaki boleh berjalan antara 8 - 20 Km sehari dengan muatan penuh di haversacks bergantung kepada kondisi fizikal dan bentuk mukabumi.
  • Kondisi Trek - Keadaan bentuk mukabumi juga mempengaruhi masa dan kemampuan fizikal seseorang pendaki itu, pastikan tambahan atau lebihan masa diberikan untuk waktu pendakian.
  • Hari Pertama - Hari pertama di dalam kegiatan luar adalah hari penyesuaian diri bagi badan membiasakan diri dengan haversacks, kasut trekking dan pergerakan tubuh badan, pastikan anda berjalan santai dan tidak memaksa diri pada hari pertama, dikhuatiri akan terseliuh dan berlaku kekejangan otot ( krem ). Sebaik2nya lakukan persiapan fizikal 1 atau 2 minggu sebelum memulakan pendakian.
  • Hari Berehat - Pada gunung yang mempunyai trek laluan yang panjang seperti Gunung Tahan atau Trans Titiwangsa, ada baiknya anda menambahkan satu hari untuk berehat pada masa hari pertengahan keseluruhan pendakian, atau pendekkan masa perjalanan kepada setengah hari pada hari tersebut.
  • Kemampuan Diri - Elakkan dari membuat perancangan pendakian melebihi kemampuan fizikal, pengetahuan teknikal, sebagai contoh anda tidak biasa/ mahir melakukan aktiviti pendakian berbentuk 'Technical Climbing' mengunakan peralatan khas, maka jika anda melakukannya maka anda hanya mengundang risiko dan kecelakaan.
  • Alternatif lain/Plan B dan C - Pada masa merencanakan pendakian ada baiknya anda menambah laluan cadangan jika terjadi halangan pada laluan yang anda rancangkan, mungkin pada masa itu laluan tersebut tidak boleh digunakan kerana faktor - faktor tertentu.
  • Hindari Musim Pendakian - Hindari musim pendakian yang ramai pengunjung pada sesuatu tempat, misalnya pada hari sambutan kemerdekaan di puncak Gunung Buah, puluhan khemah akan didirikan walhal kapasiti puncak hanya untuk maksimum 8 khemah, atau selesa untuk 20 - 30 orang, maka pendakian pada masa tersebut bukan hanya merosakkan dan mencemarkan trek malah akan membuatkan anda tidak dapat menikmati keindahan dan ketenangan pada masa tersebut.

Nota : Diharap dengan tips ini dapat membantu anda merancangkan aktiviti pendakian anda..Happy Trekking Adventure Holiday !!