Friday, August 20, 2010

KESELAMATAN SEMASA PETIR

KESELAMATAN AKTIVITI SEMASA PETIR

Kadang kala kita akan mendengar tentang bahaya dan bahana yang menimpa penggiat aktiviti luar dari akibat sambaran petir terutamanya kepada pendaki gunung dan juga sukan bolasepak, tambahan pada musim hujung tahun ini hujan lebat sering berlaku di bahagian pantai timur dan utara tanah air, perkara ini kerap kali mengganggu dan menjejaskan tumpuan ketika aktiviti dijalankan. Walaubagaimana pun dalam Tips and Advice kita kali ini kita akan berkongsi tentang keselamatan aktiviti sewaktu petir, yang penting apabila petir berlaku segera hentikan aktiviti dan mulai berlindung.

MENGIRA JARAK KILAT

Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik
“Flash to Bang” ( Kilat ke Guruh).

Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).
Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

LANGKAH KESELAMATAN

1. Jauhkan dari tempat tinggi dan juga kawasan permatang, lebih tinggi anda berada lebih tinggi risiko yang anda bakal alami.

2. Jauhkan diri dari kawasan gua yang berair dikhuatiri kuasa elektrik yang mengalir akan bertumpu di kawasan ini.

3. Jauhkan diri anda dari sesuatu objek dikawasan lapang misalnya pokok atau bahan yang boleh menarik elektrik misalnya bahan berasaskan besi, tembaga dll, jika anda tidak boleh mengelak dari kawasan ini lakukan ‘Cone of Protection’ Seperti gambarajah dibawah. Jauhkan diri anda dari kawasan lapang ketika petir berlaku.

4. Elakkan dari bahan – bahan berasaskan besi dan jauhkan diri dari kawasan berair, bahan tersebut termasuklah messtin, batang khemah, dan juga barangan perhiasan anda.

5. Jika anda berada didalam kumpulan pastikan anda menjarakkan diri antara satu sama lain sekurang – kurangnya 15 kaki antara satu dengan lain. Ini membolehkan sebarang kejadian yang berlaku anda dapat diselamatkan, jika duduk didalam satu kumpulan pasti semuanya akan terlibat jika disambar petir.

6. Jauhkan dari tempat terbuka, tempat terbaik ketika petir ialah di kawasan yang banyak pokok.

7. Duduk diatas alas ‘ Sleeping matt’ atau pun diatas beg dalam kaedah mencangkung dan tutup telinga anda pastikan seminima mungkin contact/sambungan tubuh badan anda dengan tanah.

8. Selepas hujan mulai reda atau tanda – tanda guruh telah tiada perhatikan dan lakukan pengamatan dalam masa 30 minit selepas tanda – tanda tersebut, sekiranya tiada lagi guruh maka aktiviti boleh disambung kembali.

9. Jangan lupa mohon pada tuhan agar diselamatkan dan diberi perlindungan kepada kita.

Doa Ketika Ribut Petir

Selamat Mengembara 'Safety First'.