Monday, March 28, 2011

INFO BERKAITAN ULAR

INFO BERKAITAN ULAR

Diedit Oleh : AL MIQDAD


Mungkin sebahagian dari anda pernah menemui ular sekurang2nya sekali seumur hidup, kalau tidak pun dah tengok kat zoo atau di TV…Jadi, apa itu ular? ular ialah reptilia bersisik, panjang dan tidak berkaki. Terdapat 141 spesis ular di malaysia..tapi hanya 37 spesis yang berbisa iaitu 16 spesis ular darat manakala 21 spesis ular laut.


Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).


Antara Jenis-Jenis ular yang berbahaya yang ditemui di Hutan Malaysia


1. Ular Kapak

1. Ular Kapak Bakau (Trimeresurus purpureomaculatus)

2. Ular Kapak Bodoh (Malayan Pit Viper) (Calloselasma rhodostoma)

3. Ular Kapak Gunung

4. Ular Kapak Hidung Pipeh

5. Ular Kapak Hijau

6. Ular Kapak Sumatra

7. Ular Kapak Tokong



2. Ular Katam

1. Ular Katam Belang

2. Ular Katam Kepala Merah

3. Ular Katam Tebu



3. Ular Sawa

1. Ular Sawa Darah /Batik



4. Ular Tedung

1. Ular Tedung Hitam

2. Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)

3. Ular Tedung Senduk



5. Ular Laut (Anhydrina schistosa)




Ular berbisa & merbahaya yang lazim ditemui di Malaysia: Ular Katam Tebu



Ular Katam Krait

Sifat - Sifat Ular Katam ( dipanggil juga sbg katang ) -Jalur berulang ulang -bergerak perlahan -neurotoxic ( Menyerang Sistem Saraf ) -lazim ditemui di bahagian pantai dan sungai -Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk. -Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan. -Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan. - Tanda gigitan seakan2 ular tedung


Ular Tedur Selar



Ular Tedung Hitam


Sifat-Sifat Ular Tedung


-Warna Putih Keperang Perangan ( tedung selar ) warna hitam Bertompok putih di Tengkuk ( Tedung Hitam -Kepala yang mengembang seperti senduk ( pasal tu dipanggil Ular Senduk ) -Neurotoxic-toksik kepada saraf dan melibatkan komplikasi jantung -Ular tedung selar terkenal kerana sifatnya yang memakan ular lain. -Mengembangkan diri supaya kelihatan lebih besar -Mampu menyemburkan bisa -Boleh Berdiri separuh badannya


*king cobra-ular berbisa paling besar didunia


Ular Matahari


Ular Kapak Hijau


Ular Kapak Tokong

Sifat-Sifat Ular Kapak - Kepala yang besar dan berbentuk segitiga - Ada warna hijau, koko dan berbelang - Hematotoxic, toksik kepada darah -Mengakibatkan pendarahan pada rongga badan -Dikenali juga sebagai ular temu Bulan di kalangan orang asli ini kerana sifatnya yang gemarkan cahaya dan aktif pada waktu malam -lazim di kawasan penanaman, ladang getah dan hutan rendah,bahagian utara semenanjung


Ular Air


Sifat - Sifat Ular Air


- Bentuk ekor yang leper - Kesemua ular laut adalah berbisa - Patukkan tidak menyebabkan rasa sakit keterlaluan - Mengakibatkan pereputan otot, air kencing bertukar menjadi hitam - Kesemua ditemui dilaut dan kadangkala berada di bahagian atas terumbu karang diatas air Jenis Toksin Ular • Toksin darah (Haemotoxins) – Merosakkan sel darah merah dan membunuh Tisu- tisu badan • Toksin saraf (Neurotoxins) – Merosakkan sistem saraf • Toksin jantung (Cardiotoxins) – Kerosakkan Jantung


Panduan dalam gambar ni boleh digunakan untuk mengetahui jenis ular berdasarkan corak patukan..perhatikan kedudukan dan bentuk taring



Langkah berjaga-jaga:



  • Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu anda patut berjaga-jaga: Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.

  • Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak.

  • Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.

  • Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.

  • Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek.

  • Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.

  • Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.

  • Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjalan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.

  • Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seterusnya menarik perhatian ular.

Jika anda digigit ular:



  • Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa si mangsa.

  • Tetapi jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting. Di samping itu amat dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi.

  • Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.

  • Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.

  • Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati.

  • Jangan cuba menyedut bisa ular, ini kerana bisa ular pasti boleh menyerap kedalam tisu mulu anda dan masuk ke ruang peredaran darah, mulut adalah anggota yang terdekat dengan otak!

  • Untuk Ular berbisa anda boleh ikhtiar untuk mengikat diatas bahagian yang terkena gigitan, ia akan dapat membantu melambatkan Bisa dari menular

  • Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.

  • Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.

Fakta Tentang Ular


MAKLUMAT 1: Ular tidak pernah mengerdipkan matanya, kerana ular tidak punya kelopak mata.


Hal ini menjadikan penglihatan ular cukup tajam. Penglihatannya tidak dapat dilekakan. (Dalam pembelajaran seni tempur dan beladiri, ada guru-guru berpesan supaya kita menyerang lawan ketika lawan mengerdipkan mata. Walaupun kerdipan itu menutup pandangan lawan sekadar tidak sampai satu saat, tetapi peluang itu sangat berharga untuk mengelirukan serangan. Jika lawan tak serang-serang juga, alamatnya kita kenalah jegilkan biji mata sepanjang pertembungan itu. Ataupun pakailah cermin mata hitam agar lawan tidak perasan waktu kita mengerdipkan kelopak mata). Namun begitu, ada ular yang penglihatannya jadi kabur ketika ia marah. Nampaknya kita tidaklah perlu risaukan sangat ular yang sedang terbuka matanya kerana mungkin ketika itu ia sedang lena dibuai mimpi. Tapi jangan lupa, ular begitu sensitif terhadap pergerakan di alam sekelilingnya.


MAKLUMAT 2: Ular tidak punya telinga.


Ia mengesan bunyi melalui getaran tanah. Beruntungnya kita manusia punya kelopak mata untuk tidur lena, menyelamatkan mata daripada dimasuki benda-benda kecil, mengelakkan kepedihan, menenangkan fikiran dan lain-lain. Beruntungnya kita kerana punya telinga untuk mendengar, untuk diambil pahala ketika bersuci, untuk dijadikan tapak kepada anting-anting dan sebagainya. Pernahkah kita bersyukur?


MAKLUMAT 3: Ular menelan, tidak mengunyah.


Apalah lazatnya terus menelan tanpa mengunyah seperti ular dan buaya? Untung kan jadi manusia? Cuma salah satu kebaikannya ialah menjimatkan masa. Tapi jangan kita pula makan seperti ular, nanti perut tidak cukup kuat untuk menghadamkan makanan. Datang pula penyakit lain.


MAKLUMAT 4: Ular mengesan bau menggunakan lidah.


hebatnya ciptaan tuhan! Patutlah lidahnya terjelir ke sana sini. Perlakuan ini juga jangan kita tiru, nanti dikata tidak siuman kerana asyik terjelir-jelir.


MAKLUMAT 5: Terdapat 2700 jenis ular dalam 30 rumpun keluarga. Besar juga keluarga ular ni.


MAKLUMAT 6: Badan ular tidak basah dan tidak berlendir sebagaimana yang mata kita sangkakan.


Kulitnya kering dan sejuk. Saya pernah memegang ular tetapi tidak terperasan pun akan hal ini. Memang betul kulit ular nampak macam basah, berlendir, berkilat dan segar tetapi hakikatnya tidak. Banyak lagi kejadian alam ini yang membuatkan mata kita tertipu. Kalau belut memang licin, basah dan berlendir.


MAKLUMAT 7: Ular bersalin kulit mulai dari kepala.


Maka ular tidak perlu risau tentang jerawat, jeragat, panau, kayap, kurap, kedut dan lain-lain seperti manusia. Jimat duit. Tak perlu juga buat pembedahan ataupun suntikan.


MAKLUMAT 8: Ular terberat di dunia ialah dari jenis anaconda. Tapi tidaklah seberat anaconda dalam filem.


MAKLUMAT 9: Ular senduk boleh terus mematuk sebaik-baik sahaja menetas.


Ini baru betul dikatakan “kecil-kecil cili berapi”.


MAKLUMAT 10: Ular orok-orok (rattles) melahirkan anak, tidak bertelur.


Ular jenis ini antara yang terbisa. Kelebihan yang Tuhan beri kepadanya ialah mampu membidankan diri sendiri.


MAKLUMAT 11: Setiap kali ular orok-orok bersalin kulit, gelang baru akan tumbuh di ekornya.


Gegelang ini terkenal kerana goncangan dan bunyi gemersiknya. Kejadiannya sama seperti kuku manusia.


MAKLUMAT 12: Pakar ular dinamakan herpetologi/ophiologist.


MAKLUMAT 13: Ular terkecil di dunia ialah ular benang di Hindia Barat.


Jika karbon sebatang pensel dikeluarkan, ular benang boleh masuk ke dalam lubang pensel itu.


MAKLUMAT 14: Larian manusia adalah lebih laju daripada ular.


Kelajuan ular hanya sepantas manusia berjalan. Oleh kerana ketakutan, kita menyangkakan ular yang mengejar lebih laju daripada kita.


• (14 maklumat di atas terdapat dalam buku bertajuk :Ketakjuban Ular” oleh Alexandra Parsons, diterjemahkan oleh Grace Lau, Vinpress Sdn Bhd 1997)


Walaupun ular juga di buat peliharaan tetapi ingat tempatnya bukan bersama kita 'wild animal for wildlife areas ' Jangan tiru aksi ini !!!!!



Sumber dari National Poison Centre USM, Utusan Malaysia dan Pengalaman Penulis Sendiri

Thursday, August 26, 2010

PRINSIP LEAVE NO TRACE

PRINSIP LEAVE NO TRACE – JANGAN TINGGALKAN KESAN

Oleh : Al Miqdad


Seringkali kita berekreasi, ke gunung, berkhemah di hutan lipur, sungai tetapi adakah etika dan sifat tanggungjawab ada pada kita, apa tujuan kita sebenarnya kita berekreasi jika tempat yang kita kunjung kotor dan dicemari dengan bau2an yang tidak menyenangkan, tisu berselerakan setengah akal mereka menganggap itu adalah bahan hapus kitar semula, tetapi bayangkan keselesaan anda ketika itu, puncak kecil ruang terhad, pasti hilang mood anda untuk berkhemah..

mungkin jenis ini juga mengganggap mencampak kulit rambutan dan plastik gula2 di luar kereta adala normal…

Pembuangan sampah secara tidak terkawal dalam rekreasi boleh menyebabkan penularan penyakit antaranya seperti :

Bawaan lalat

1. Cirit Birit

2. Taun

Bawaan Nyamuk

1. Malaria

2. Denggi

Bawaan Tikus

1. Lepstoprosis – Kencing Tikus



Kesemua penyakit boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Prinsip Leave No Trace

Prinsip Leave No Trace ini dipopularkan oleh penggiat Outdoor Amerika pada tahun 70 - 80an, di dipelopor oleh pengakap kanak – kanak disana. Bagi menjaga kebersihan Alam sekitar dan kawasan rekreasi di sana. Sehingga kini pelbagai organisasi wujud berdasarkan prinsip ini. Antara 7 Prinsip Leave No Trace yang boleh dikongsikan bersama ialah :

1. Rancang dan buat persediaan

2. Berkhemah di tempat yang sesuai

3. Musnahkan bahan buangan sebaiknya

4. Biarkan apa yang anda jumpa ( seperti flora/fauna )

5. Minimakan penggunaan unggun api

6. Hormati hidupan Liar

7. Hormati pengunjung lain

Langkah Pertama

‘First Action, gets better reaction’ – Langkah pertama memberi impak yang lebih baik

Antara Kaedah yang boleh anda lakukan dari awal

- Kurangkan penggunaan plastik

- Peserta bawa bekas makanan sendiri

- Elakkan membawa botol kaca ketika berkhemah, transfer cecair ke dalam botol plastik

- Kenalpasti bilangan botol tin dan plastik dan siapa yang membawanya, bawalah balik keluar nanti.

Setibanya Di kem site

- Kenalpasti lokasi penanaman sampah sarap sediakan plastik sampah secukupnya..ini x time ni lah nak terlupa itu ini Yang penting minima 100 m dari sumber air atau tapak perkhemahan..

- Kedalaman lubang sampah biarlah 2 - 3 kaki dalam lebar 4 x 4 kaki lebar.

- Kemekkan tin2..macam biasa

- Lakukan routine checking sekiranya bermalam lebih dari sehari

- Untuk yang nak buang air besar galilah lubang minima 1 kaki, dalam lebar ikut kesesuaian, tandakan dengan tandaan yang boleh dilihat bukan membuat jerangkap samar.

- Pastikan semasa penggalian cari tempat yang tanah jenis gambut bukan tempat berpasir

- Jika ada karbait atau garam yang berlebihan boleh taburkan sekali ke tempat sampah ini supaya binatang melata tidak bersarang di kawasan tersebut.

Masa Pulang…kambus dengan semampatnya dan tandakan.. mudah je kan

Bagi trip singkat 1 – 2 hari

Bawa pulanglah sampah anda dan ikat dengan sebaiknya

Antara alatan yang boleh membantu adalah scoop kecil utk berkebun kalau bawa sorang satu lagi bagus bila nak buang air pun senang

Mari kita sama2 memasyarakatkan budaya ini pada masyarakat kita terutama golongan rekreasi ini kerana dengan bantuan anda kita dapat menyelamatkan mata air, sungai, penting bagi kita mengekalkan kelestarian alam supaya dapat dinikmati oleh generasi kita pada masa hadapan.. kata2 pepatah tersohor dalam rekreasi ‘ take only picture leave nothing except footprint’

ingat dalam hutan x ada tukang cuci yang akan membersihkan sampah anda.!!

PENYAKIT BAWAAN LALAT PASIR - AGAS

Penyakit Bawaan Lalat Pasir - Agas

Oleh: Najibah Hassan ( Dipetik dari Pendidikan Utusan )

APABILA menyebut agas, pasti sebahagian besar daripada kita akan mentafsirkannya dengan pelbagai bentuk mengikut pemikiran dan pemahaman sendiri.

Bagaimanapun, terdapat sejenis agas yang termasuk dalam kumpulan serangga atau lebih tepat dikenali sebagai lalat pasir (sand fly) yang mengancam kehidupan manusia.

Pegawai Penyelidik Bahagian Kaji Serangga Perubatan , Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Khadri Shahar memberitahu sama seperti nyamuk, lalat pasir juga memainkan peranan penting

dalam menyebarkan beberapa penyakit tertentu kepada manusia.

Menurut beliau, agas boleh dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Phychodidae (lalat pasir) dan kumpulan kedua chironomidae (penggigit kenit).

Penggigit kenit biasanya terdapat di kawasan berhampiran pantai, paya bakau dan hutan.

Mereka biasanya menyerang haiwan atau manusia secara berkumpulan dan menyebabkan rasa

gatal.

``Penggigit kenit ini biasanya tidak membawa penyakit yang berbahaya kepada manusia.

``Bagaimanapun, penggigit kenit seperti Culicoides ini hanya mengancam kehidupan

haiwan,''jelasnya.

Berbeza dengan lalat pasir, ia boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan teruk sekiranya tidak dirawat.

Khadri memberitahu, walaupun lalat pasir di Malaysia tidak membawa penyakit, namun di

kebanyakan negara tertentu ia merupakan salah satu spesies serangga pembawa penyakit yang berbahaya kepada manusia.

Menurut beliau, lalat pasir ini merupakan pembawa penyakit leishmaniasis atau di kalangan masyarakat India dipanggil sebagai kala azar yang bermaksud demam hitam.

Di sesetengah negara seperti Amerika Tengah dan Selatan, Afrika Eropah, Benua Arab, India, Bangladesh, Nepal dan China biasanya penyakit leishmaniasis yang sering berlaku ialah dari jenis leishmaniasis kulit dan viseral (organ dalaman).

Lalat dari spesies ini agak berbahaya kerana sesetengahnya merupakan pembawa parasit Leishmania yang boleh mengakibatkan Leishmaniasis.

Khadri memberitahu, di negara ini lalat pasir ini lebih tertumpu di kawasan gua, hutan, tanah gambut dan berhampiran kawasan haiwan ternakan seperti lembu.

Kajian di kawasan-kawasan gua mendapati spesies serangga ini mula aktif kira-kira pada jam 9 malam dan berakhir jam 4 pagi.

Kitaran hidup lalat pasir sama seperti lalat rumah iaitu bermula dari telur, berengga, kepompong dan dewasa.

Lalat pasir dewasa berbadan kecil iaitu antara tiga hingga empat kali ganda lebih kecil berbanding nyamuk Aedes.

Rupa bentuk lalat ini bongkok dan berwarna kekuning-kuningan, mempunyai sepasang mata majmuk hitam dan kaki yang panjang serta halus.

Sayapnya sentiasa terbuka ke atas ketika berehat dan diselaputi oleh banyak bulu halus pada keseluruhan badan dan sayapnya.

Lalat pasir ini kerap bergerak secara melompat dan bila terbang biasanya tidak melebihi lima meter dari paras permukaan tanah atau tidak jauh dari tempat ia membiak.

Sama seperti nyamuk, lalat pasir memerlukan darah untuk menghasilkan telur di mana sumber utama makanan mereka ialah kelawar dan kera.

Namun, lalat pasir juga berkeupayaan menghasilkan telur tanpa menghisap darah.

Bagaimanapun, hanya lalat pasir betina sahaja yang menghisap darah.

Seekor lalat pasir betina mampu menghasilkan antara 30 hingga 50 biji telur yang berwarna hitam dan bujur.

Ia akan bertelur di tempat gelap, lembap, di bawah daun-daun reput di atas tanah, di tempat lembap dan berlumut dan di dalam batang kayu yang berlubang.

Telur ini akan menetas dalam masa antara 9 hingga 12 hari di mana berenga ini hidup dengan memakan bahan-bahan organik.

Bagaimanapun, peringkat telur , berengga dan kepompong sukar ditemui secara semulajadi.

Lalat pasir biasanya mencari makanan pada waktu malam dan bersembunyi di tempat-tempat gelap pada siang hari.


Tempat Pembiakan Lalat Pasir

Di Malaysia, kawasan pembiakan lalat pasir biasanya di dalam dan berhampiran kawasan gua, lubang-lubang pokok di pinggir dan dalam hutan.

Ia juga banyak ditemui di kawasan ternakan haiwan seperti lembu.

Biasanya, ia banyak ditemui di tempat gelap, lembap terutama sekali pada musim hujan.

Sebaliknya, di India lalat pasir banyak ditemui dan gemar berehat di dalam rumah seperti di dinding kerana kebanyakan penghuninya gemar melapiskan najis lembu di lantai rumah

.

Selain itu, lalat pasir ini gemar menghisap darah haiwan peliharaan atau ternakan seperti anjing dan lembu.


Jenis-Jenis Lalat Pasir

Secara umumnya, terdapat enam kumpulan lalat pasir yang boleh menggigit iaitu Lutzomiya, Brumptomyia, Warileya, Phlebotomus, Sergentomyia dan Chinius.

Bagaimanapun, hanya spesies Phlebotomus dan Lutzomyia terbukti menjadi pembawa parasit Leishmania.

Spesies ini tersebar luas di kawasan beriklim panas dan sederhana.

Daripada dua kumpulan lalat pasir ini terdapat hampir 500 spesies.


Penyakit Yang Dikaitkan Dengan Lalat Pasir

  1. Gatal dan alahan

    Gigitan lalat pasir betina biasanya mengakibatkan bintat di tempat gigitan.

    Keadaan ini biasanya disertai dengan rasa sakit yang mencucuk, kadang kala diikuti denga rasa yang sangat gatal selama beberapa jam atau minggu.

    Kesannya, ia menimbulkan rasa tidak selesa.

    Sesetengah individu yang alah akan mengalami tindak balas yang teruk, bengkak di tempat gigitan dan demam.

  2. Demam Oroya

    Demam akut ini hanya terdapat di negara-negara Amerika Selatan yang dikenali penyakit Bartonellosis akibat bakteria Bartonella.

  3. Demam Lalat pasir

    Ia merupakan demam yang tidak kuat seperti demam selesema yang disebabkan beberapa jenis arbovirus.

    Ia juga dikenali sebagai demam tiga hari biasanya berlaku di negara tropika dan separuh tropika.

    Bagaimanapun, sehingga kini tidak laporan berhubung virus ini ditemui pada lalat pasir di

    negara ini.

  4. Leishmaniasis atau Kala Azar

    Ia merupakan penyakit utama yang disebarkan oleh lalat pasir.

    Leishmaniasis yang pertama dihuraikan pada tahun 1903 oleh Leishman dan Donovan.

    Pada satu peringkat, penyakit ini sering disalah tafsirkan sebagai penyakit Kusta kerana ciri-cirinya yang seakan-akan sama.

    Selain manusia, penyakit ini juga mempunyai perumah yang terdiri daripada tikus, anjing, lembu, tenggiling, cicak dan lain-lain lagi.

    Meskipun terdapat banyak lalat pasir dilaporkan di negara ini, namun tiada kes leishmaniasis dilaporkan daripada penduduk tempatan.

Leismaniasis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

  1. Leishmaniasis Viseral (Kala Azar)

    Penyakit ini disebabkan sejenis protozoa leishmania donovani yang disebarkan melalui gigitan lalat pasir seperti spesies phlebotomus argentipes.

    Umumnya, penyakit ini mengakibatkan pembesaran organ seperti limpa, suhu badan yang meningkat dua kali dalam tempoh 24 jam, tanpa sakit kepala yang teruk, berat badan menurun dan sebagainya.

    Di India, leismaniasis viseral lebih dikenali sebagai kala azar yang bermaksud demam hitam kerana penyakit ini mengakibatkan kehitaman pada kulit muka, tangan , kaki dan badan.

    Kes-kes seumpama ini banyak terjadi di India, Bangladesh dan Sudan.

    Di negara ini, penyakit ini banyak ditemui di kalangan warga asing.

  2. Leishmaniasis kutis (kulit)

    Penyakit yang berpunca daripada protozoa leishmania tropica atau leishmania major disebarkan oleh lalat pasir spesies phlebotomus papatasii.

    Ia mengakibatkan penyakit kulit dengan ketumbuhan seperti biji yang menghodohkan.

    Kes seumpama ini banyak terjadi di India, Eropah, Pakistan, Afrika tropika hingga ke selatan Rusia.

    Bagaimanapun, lalat pasir dan penyakit ini tidak pernah dilaporkan di negara ini.

  3. Leishmaniasis mukokutis (kulit dan mulut)

    Penyakit yang disebabkan oleh protozoa Leishmania braziliensis ini disebarkan melalui gigitan lalat pasir Lutzomyia longipalpis.

    Ia merupakan sejenis penyakit kulit yang sangat hodoh di mana ia menyebabkan seseorang kudung anggota hidung, mulut dan telinga.

    Kes-kes seumpama ini banyak berlaku di Amerika Selatan dan Afrika tropika.

    Bagaimanapun, spesies dan penyakit seumpama ini tidak wujud di negara ini.


Rawatan

Penyakit leishmaniasis boleh dirawat dengan beberapa jenis ubat tertentu seperti garam antimoni.

Bagaimanapun, pesakit mesti mendapat rawatan yang betul dan teratur dari doktor yang faham berhubung penyakit ini.


Kebaikan Lalat Pasir

Dalam ekosistem, lalat pasir ini memainkan peranan dalam meluputkan bahan-bahan organik.

Ia juga merupakan sumber makanan kepada haiwan seperti cicak dan labah-labah yang tinggal di hutan dan di gua.

Saturday, August 21, 2010

TENTANG KAMI

Salam dan selamat menyambut ramadhan...

Selamat datang ke weblog rekreasiluar iaitu rekreasi kini /ReKi . ReKi bertujuan utk memaparkan berita dunia semasa rekreasi dalam gelombang yang lain dari yang lain..bertujuan mengumpul segala input dari pelbagai sudut...kandungan bersifat menyeluruh.
For info blog ini telah mula didaftarkan pada 2007, namun atas kesibukan Editor dan rakan2 yg lain membantutkan usaha ini...still a a new born baby ReKi still merangkak dan perlu dibentuk lagi supaya objektif dan sifat sebenar tercapai..

Harapan kami
Supaya Reki menjadi sumber rujukan alternatif rekreasi yang bermutu tinggi.

mohon maaf sekiranya sumber penulisan kurang tepat atau tidak memuaskan..
Sebarang cadangan, kritikan atau komen blh email di rekreasikini@gmail.com.

Merapu banyak pun x guna so 'Lets together move ahead our Malaysian Recreation scene'

The Editor - RekreasiKini

LEPTOSPIROSIS/KENCING TIKUS

Oleh:Bal Hamdan

Pengenalan


Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh
berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira
berbentuk lingkaran (spiral shape).

Nama-nama lain.
Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Ricefield
fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur,
Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air
yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas

Faktor risiko termasuklah:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang,
pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem
pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai
di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing,
binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan
yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini
melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit
perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau
hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu
atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50%
pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field
microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air
tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal
diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit
(illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit
dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh
diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan
bermasalah.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim
tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline
boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Friday, August 20, 2010

PEMILIHAN KASUT TREKKING

Adalah diterima semua penggiat rekreasi bahawa pemilihan kasut antara faktor penting dalam merealisasikan kejayaan sesuatu aktiviti rekreasi itu, tidak kira samaada aktiviti darat seperti mendaki, aktiviti air seperti berkayak, scuba dan sebagainya. Pemilihan kasut juga berperanan menentukan sama ada seorang atlet itu berjaya dalam pertandingan yang ditandinginya…begitu juga aktiviti khususnya pendakian yang paling banyak menggunakan kedua tapak kaki untuk tujuan rekreasi ini, ‘A bad pair of hiking boots can make a hike go bad easily’. Jadi disini adalah serba sedikit tips2 yang anda dapat jadikan panduan dan implimenkan :


Cara Pemilihan Kasut


1. Pastikan dahulu melibatkan berapa lama masa penggunaannya, jikalau trekking di hutan2 lipur sekitar 2 – 3 jam anda bolehlah memilih sandle sebagai alternatif, tetapi jika melibatkan movement yang agak lama iaitu 6 jam ke atas sebaiknya anda memilih kasut.

2. Pastikan anda memilih saiz yang berpadanan dengan anda jangan terlalu longgar/terlalu ketat, pastikan ada ruang sebaiknya ½ inci / 0.5 cm ( selepas pemakaian stokin ), ini memberi peluang pada anda untuk membuat regangan pada kaki. Jika terlalu ‘Fit’ / Ketat pastinya memberi ‘pace’ yang baik semasa berjalan tetapi perlu ingat rekreasi luar selalunya bukan ‘short distance dan short time activity’, terlalu ketat pastinya akan meyebabkan jari anda melecet dan kuku kaki tercabut, jika terlalu longgar juga akan menyebabkan melecet / blister, seterusnya boleh membuatkan anda ‘give up’ untuk meneruskan aktiviti.

3. Kasut mestilah jenis yang mempunyai ‘ankle support’/perlindungan pergelangan kaki menutupi buku lali. Kasut jenis ini membantu mengurangkan risiko terseliuh pergelangan kaki.

4. Pastikan ianya mempunyai tapak yang tebal dan mempunyai kedalam tapak antara 1 – 2 cm

5. Tapak yang terbaik adalah dari design ‘ berlawanan arah’ ( Lihat contoh gambar ), ini kerana tapak jenis ini memudahkan proses pendakian dan penurunan, mempunyai cengkaman yang amat baik serta amat efektif ketika membrek apabila bergerak dengan laju.

6. Pastikan meneliti kekemasan sulaman ikatan dan jenis benang ketika membeli kasut. Jahitan keliling tapak adalah yang paling terbaik dan tahan lama. Kini produk dari Negara Eropah mula menggunakan sistem ‘plastic injection’ dimana tapak dicantum sekali dalam proses pembuatan kasut. Tetapi harganya agak mahal dan belum berada dipasaran tempatan.

7. Material kasut yang terbaik adalah kulit ini kerana ia tahan lama serta kalis air, tetapi harga agak mahal dan juga agak berbau jika tidak dijaga dengan rapi, material yang terbaik buat masa kini adalah dari jenis ‘Gore – Tex’ dan 'Cordura'. Selain dari tahan lasak ia juga cepat kering, dapat mengekalkan kedinginan suhu dalaman kasut, serta mampu meminimakan kemasukan air padanya.


Penjagaan

1. Elakkan kasut anda dari dimasuki air, lumpur, pasir dan sebagainya. Jika ada laluan yang melibatkan air sebolehnya elak laluan itu, tetapi pastikan keselamatan diutamakan terlebih dahulu. Melecet selalunya disebabkan kemasukan air pada kasut atau kasut berada didalam keadaan lembab.

2. Selepas sesi trekking tamat, pastikan dibersihkan kasut terlebih dahulu, jemur kasut bersama stokin di bawah cahaya matahari atau pada udara luar, jangan sesekali letak di bawah khemah, melainkan pada hari hujan

3. Jangan amalkan kaedah memanggang kasut dan stoking di unggun api, ini kerana dikhuatiri jahitan yang ada pada kasut anda akan rosak dan terputus. Ini secara tidak langsung memendekkan hayat kasut anda

4. Untuk membasuh sepenuhnya, rendam kasut bersama pekatan dynamo ( sebaiknya ) / serbuk pencuci semalaman, setelah dibersihkan jemur pada cahaya matahari.

5. Simpan kasut anda sebaiknya supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Jika penjagaan anda baik jangka hayat kasut anda boleh mencapai sehingga 3 tahun pada kadar penggunaan maksimum.

Harga Kasut

1. Terdapat pelbagai jenama dipasaran, antara jenis dan gred terbaik ialah dari jenama Northface, Columbia, Merrell, Vasque, Lowa, Teva, Hi - Tech dan sebagainya. Harga pula adalah dalam lingkungan RM 150.00 – 600.00 sepasang. Terdapat Juga dari jenis yang biasa dan tahan lasak yang menepati spesifikasi diatas dengan harga antara RM 50.00 – 100.00.

Lain – Lain

1. Jika anda pandai memilih kasut yang baik, anda boleh membeli kasut trekking terpakai di kedai - kedai Bundle atau pasar – pasar malam, selain dari kualiti yang masih baik, anda juga boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik, biasanya antara RM 30 - 100 bagi yang berjenama.

2. Untuk mereka yang baru bergiat dalam kegiatan ini bolehlah membeli kasut getah ( biasanya dipanggil kasut menoreh ) yang mempunyai tapak ‘ berlawanan arah ‘ yang dijual di kedai runcit atau kedai kasut pada harga antara RM 4.00 – 8.00, kasut jenis ini boleh dibuat sebagai kasut ‘Spare’. Walaupun agak selesa dipakai dan mempunyai daya cengkaman yang kuat serta mudah dikawal, kasut jenis ini mempunyai tahap keselamatan yang rendah. Pastinya buat pilihan terlebih dahulu, berpuas hati baru membeli, Biar anda menang membeli menang memakai.....